Wednesday, August 11, 2010

Pengenalan


Masalah remaja yang melarikan diri mereka kian meruncing di zaman kemodenan ini.
Mereka menganggap mudah untuk melarikan diri daripada masalah-masalah yang membelenggu diri,tidak dikongsi bersama ahli-ahli keluarga mahupun sahabat handai.Malah, ada di antara mereka sudah mempunyai perancangan awal untuk melarikan diri bersama teman istimewa, rakan sebaya,dan kumpulan yang menjerus ke arah kebebasan sepenuhnya.Dengan meninggalkan sehelai nota, menyatakan diri mereka tidak lagi mampu menahan sekatan dan halangan,mereka terus menghilangkan diri tanpa diketahui oleh ibubapa, saudara mara serta rakan-rakan.Rumah itu tidak lagi di anggap syurga oleh mereka.Bagi mereka,usia yang semakin dewasa, memberikan kunci untuk melepaskan diri dari rumah sendiri.

Masalah Remaja (Isu Semasa)

Remaja adalah warisan negara di masa hadapan.Mereka adalah butiran-butiran mutiara yang perlu digilap dan dijaga sepenuhnya oleh semua masyarakat.Keadaan ini perlu dilakukan seawal usia mereka kerana dikhuatiri akan diserang oleh makhluk-makhluk dunia yang bersifat berlawanan dan lebih membimbangkan adalah mereka akan membuat keputusan sendiri yang menyebabkan segelintir remaja akan melarikan diri dari rumah.

Namun, di zaman era teknologi yang serba boleh ini telah memberi impak yang kuat dan secara tidak langsung mereka mudah mempelajari ilmu-ilmu yang tidak sepatutnya dipelajari yang boleh memudaratkan mereka.Masa depan seseorang remaja diibaratkan seperti kain putih yang perlu dicorak dengan pelbagai seni,warna, dan bentuk agar mereka tidak terpesong ke lorong-lorong gelap-gelita.

Cabaran remaja seperti perubahan -perubahan dari segi fizikal, emosi, dan sosial semasa memberi kesan terhadap kesihatan mental.Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh remaja, contohnya keliru dengan tanggungjawab diri, sering merasakan diri disalahfahamkan dan dipersalahkan,berasa diri dilayan secara tidak adil, kesunyian, sukar membuat keputusan dan sukar memahami emosi.Ibubapa juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mengasuh permata-permata mereka dalam menjadi insan yang berguna dimasa depan serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Punca-punca Remaja Lari Rumah (INDIVIDU)



1) pengaruh rakan sebaya
    -faktor ini sering dikaitkan di dalam masalah ini. Hal ini kerana, remaja mudah mendengar nasihat kawan- kawan berbanding ibu bapa. Golongan sebegini hanya inginkan keseronokan atau lebih tetap lagi mereka lebih suka berfoya-foya tanpa memikirkan implikasi setiap perbuatan mereka.

2)pegangan agama
   - kurangnya pegangan agama menyebabkan kta mudah terdedah dengan pengaruh luar sehingga terjebak dengan masalah lari dari rumah.faktor sebegini juga merupakan punca di mana remaja yang lari dari rumah tidak berfikir dengan sewajarnya sebelum membuat keputusan yang drastik dan hal ini akan mengakibatkan mereka sendiri.

3)cinta itu buta
    - setiap insan tidak akan lari dari perasaan sebegini, tetapi ianya harus mempunyai batas tertentu. Golongan remaja sering terpengaruh dan kesannya amat mendalam. Perasaan cinta yang mendalam terhadap TEMAN LELAKI mendorong perasaan remaja perempuan untuk berkorban demi cinta mereka. maka terjadilah kes remaja lari dari rumah hanya kerana mengikut teman lelaki.

4) pengaruh media massa
    - Media massa merupakan bahan ilmiah yang penting dalam menyumbang pelbagai maklumat kepada kita tidak kira di dalam negara mahupun luar negara. tetapi, penyiaran unsur-unsur barat yang kurang sihat seperti gaya hidup remaja disana, pergaulan bebas serta banyak lagi unsur-unsur negatif yang boleh mendorong remaja untuk melakukan tindakan yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan mereka.

5) sahsiah diri
    - kemelut ini turut dikaitkan dengan sahsiah remaja itu sendiri. Ramai remaja ynag tidak mempunyai sikap tabah dan positif apabila menghadapi sesuatu kemelut yang melanda diri mereka. Remaja akan mudah sensitif apabila di tegur oleh ibu bapa sehingga sanggup melarikan diri dari rumah.

Punca-punca Remaja Lari Rumah (KELUARGA)

dari buku yang diterbitkan ;
52 SEBAB ANAK LARI DARI RUMAH

1. Hubungan Suami Isteri Yang Tidak Memikirkan Tentang Zuriat
2. Penggunaan Bahasa Yang Tidak Betul
3. Kurang Berlemah Lembut Dengan Anak-Anak
4. Menegur Kesilapan Anak-Anak Dengan Maki Hamun
5. Kerap Berleter Akan Kesilapan Yang Dilakukan Anak-Anak
6. Nasihat Yang Sama Diterima Anak-Anak
7. Wujudnya Jurang Komunikasi Antara Ibubapa Dan Anak-Anak
8. Tiada Masa Senda Gurau Dengan Anak-Anak
9. Mungkir Janji Terhadap Anak-Anak
10. Mengabaikan Kebersihan Pakaian, Tempat dan Penampilan Diri
11. Tiada Tunjuk Ajar Adab Makan Dan Minum
12. Membiarkan Anak-Anak Mengambil Makanan Atau Minuman Yang Tidak Halal
13. Tidak Mempelbagaikan Sajian Makanan Kepada Anak-Anak
14. Kurang Memberikan Makanan Yang Berzat Dan Seimbang Kepada Anak-anak
15. Terlebih Memberikan Makanan Yang Berzat Dan Seimbang Kepada Anak-anak
16. Tidak Bersama Anak-Anak Ketika Mereka Makan
17. Suasana Yang Kurang Seronok Ketika Makan
18. Mengeluh Di Hadapan Anak-Anak
19. Menunjukkan Tingkah Laku Yang Tidak Baik Di Hadapan Anak-Anak
20. Sering Bertengkar Di Hadapan Anak-Anak
21. Menceritakan aib pasangan di hadapan anak-anak
22. Tidak Mewujudkan Kemesraan Terhadap Anak-anak
23. Menunjukkan Muka Yang Tidak Ceria Di Hadapan Anak-Anak
24. Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik
25. Tidak Melayan Soal Jawab Atau Permasalahan Anak-Anak
26. Tidak Mempedulikan Buah Fikiran Anak-Anak
27. Lewat Memberikan Penghargaan Terhadap Anak-Anak
28. Berbeza Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak
29. Kasih Sayang Kurang Dizahirkan
30. Anak-Anak Pergi Dan Pulang Ke Sekolah Tidak Diraikan
…………

Kekangan Masalah Remaja Lari Rumah

Kesan Kepada Negara.
Tunggak negara berkurangan                                                                                        
-Remaja yangbermasalah tidak dapat memikul tanggungjawab sebagai pemimpin negara.
Tahap ekonomi negara merosot.
-Apabila masalah ini meningkat, para pelancong  berasa bimbang akan keselamatan mereka dan para pelabur bersa kurang berkeyakinan untuk berlabur di negara ini.
Impak negatif kepada kewangan negara
-kerajaan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk menampung kos bagi membawa pulang remaja tersebut yang ingin pulang ke pangkuan keluarga.
Pertambahan masalah kepada duta Malaysia
-pihak duta malaysia terpaksa mengadakan pelbagai urusan dengan negara terbabit bagi menguruskan hal menjejaki lokasi remaja itu berada.Ini akan mengangu urusan rasmi seseorang duta itu.Ini akan mencemarkan nama baik negara tersebut.

Kesan kepada Individu
Masa depan akan hancur
-remaja tidak lagi berpeluang mendapat pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang lumayan kerana faktor pendidikan yang rendah akibat dari perbuatan lari dari rumah, sekaligus tidak berpeluang menyambung pelajaran.
Tidak dapat menampung kos seharian
-Sanggup menjadi pelacur untuk mandapatkan wang.
-bekerja seolah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Maruah tercemar.
-Berhadapan dengan cacian dan hinaan masyarakat sekeliling.
-Remaja akan mendapat tanggapan yang buruk dan disisih oleh masyarakat.
Hilangnya tempat bergantung.
-Hilang kasih sayang dan sukar mendapat kembali kasih sayang tersebut daripada keluarga dan rakan-rakan.
-Melalui hidup yang menyukarkan tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku.

Kesan kepada Keluarga dan Masyarakat
Mencemarkan maruah keluarga
-Keluarga mendapat malu dan tidak sanggup berdepan dengan masyarakat.
-Terpaksa menerima pandanagn negatif masayarakat tentangan didikan yang telah diberikan kepada anak mereka.
Keluaga akan berpecah-belah.
-akan berlaku perselisihan faham antara ibu dan bapa.
-saling menyalahkan antara satu sama lain.
-berlaku pergaduhan antara keluarga.
Disisih oleh masyarakat.
-Masyarakat akan memulaukan dan melemparkan pandangan negatif.
-Keluarga dipandang rendah.

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Remaja Lari Rumah

PERANAN IBU BAPA....

  1. Ibu bapa mestilah memerhati setiap gerak - geri atau pergerakan anak mereka. adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak - anak remaja mereka. Ibu bapa juga harus mengetahui rakan - rakan anak mereka dan memastikan mereka berkawan dan bergaul dengan orang yang mempunyai kedudukan moral yang baik.Pergaulan bebas sudah sinonim dalam masyarakat akan membuatkan anak -anak mudah terpengaruh untuk terlibat dalam masalah sosial seandainya ibu bapa membiarkan anak - anak mereka tanpa tempat bergantung.
  2. Ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak - anak. hal ini demikian kerana remaja merupakan golongan yang inginkan perhatian. Andai kata mereka ketandusan kasih sayang sudah pasti mereka akan melepaskan diri dari kelompok keselesaan. maa berlakulah kes remaja lari dari rumah.
  3. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak - anak.Tamsilannya, ibu bapa boleh membawa anak - anak menjalankan aktiviti kerohanian, melancong dan beriadah. hal ini cuukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat yang telah mengishtiharkan hari sabtu dan ahad kepada semua pegawai kerajaan supaya mereka dapat menghabiskan waktu cuti bersama anak - anak.  
  4. Ibu bapa perlu menjadi role model kepada anak -anak dengan memberi keyakinan, keberanian, mewujudkan sifat positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu, tingkatkan penghayatan anak - anak terhadap agama, nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip - prinsip akauntibiliti, tepati janji, berketrampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta potensi anak.

PERANAN SEKOLAH........

  1. Menambahkan aktiviti - aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kokurikulum.
  2. Perubahan - perubahan teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dan teknik pengajaran luar kelas. Ianya juga haruslah dikawal setiap penggunaan teknologi pada masa kini dari mengelakkan remaja menyalah gunakan teknologi tersebut.
  3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah dan merujuk masalah disiplin kepada pihak polis supaya kes disiplin dapat dikawal.
  4. PIBG perlu bekerjasama dengan pihak sekolah. dengan mengadakan pertemuan lebih kerap antara ibu bapa dan guru khasnya bagi pelajar yang bermasalah. Ibu bapa harus menerima teguran guru dengan sikap terbuka dan positif.
  5. Kaunseling diperingkat sekolah adalah penting dalam membantu remajamengatasi masalah mereka. Kaunselor - kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan perlaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
                                                                         nukilan Amrina Nasiha Nordin (207601)





                                  

Statistik Remaja Lari Rumah.

  • Statistik polis mendedahkan sebanyak 2540 lari bersam teman lelaki, 1857 lari kerana terpengaruh dengan rakan sebaya, 1592 lari disebabkan masalah keluarga dan 1371 lari kerana mahukan kebebasan.
  • Daripada jumlah tersebut, remaja Melayu paling ramai terlibat iaitu sebnyak 10489 kes berbanding bangsa lain.
  • Bagi remaja Melayu, faktor utama yang menyebabkan remaja lari dari rumah disebabkan oleh pengaruh rakan, manakala remaja Cina disebabkan masalah keluarga.

Kesan Masalah Remaja Lari Rumah.

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Siapakah yg harus dipersalahkan?
Apakah langkah kita seterusnya?


Rasulullah SAW sangat MENCINTAI kanak-kanak..
KITA BAGAIMANA?

KERATAN AKHBAR

Berita 1

Dua Remaja Perempuan dipercayai Hilang


20 Julai 2010

KUALA LUMPUR-dua remaja perempuan dari Brickfield di sini dan Batang Kali, Selangor dilaporkan hilang sejak seminggu lalu dipercayai mengikut teman lelaki masing-masing.

Dalam kejadian pertama, Katherine Chin, 14 tidak pulang ke rumah selepas menerima panggilan telefon dari teman lelakinya kira-kira jam 12.00 tengah hari, pada 12 Julai lalu.

Fong Xhian Xi,16 pula dipercayai hilang mengikut teman lelaki yang dikenali sebagai Jazz kira-kira jam 11 pagi,pada 9 Julai lalu.

Katherine yang tinggal bersama datuknya leong Kwok Sun,81 selepas ibu bapanya bercerai 10 tahun lalu, dikatakan menghilangkan diri kerana merajuk selepas ditegur oleh ibunya berhubung hubungannya dengan teman lelakinya.

Leong berkata, cucunya itu sudah 10 kali meninggalkan rumah sepanjang tahun ini, bagaimanapun akan pulang ke pangkuanya selepas hilang selama dua hari.

"Kali ini agak pelik kerana sudah seminggu dia hilang. saya rasa dia tak merancang untuk melarikan diri tetapi lebih kepada anasir jahat".

"Sebelum ini kalau dia tidak balik ke rumahnya,barang-barangnya seperti baju dan peralatan diri akan dibawa bersama tapi kali ini semua barang peribadinya ada di rumah," katanya pada sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA di sini,semalam.

sumber : berita harian


Rohani rayu anak gadis usia 14 tahun pulang
Image
ROHANI Tahir (kanan) dan Jampri Ahmad menunjukkan
laporan polis dan gambar anak mereka, Norsyahira
(termasuk gambar kecil) yang keluar rumah sejak
17 Mac lalu di Klang, semalam.


KLANG 8 April - Seorang ibu yang bimbangkan keselamatan anak gadisnya merayu Norsyahira Jampri, 14, yang lari dari rumah sejak 17 Mac lalu segera pulang.

Ibu malang itu, Rohani Tahir, 36, berkata, Norsyahira lari dari rumah mungkin kerana merajuk selepas dimarahi kerana pulang lewat dari pusat beli-belah dua hari sebelum kejadian.

Kata Rohani, dia tidak menyangka anak gadisnya itu bertindak sedemikian kerana ketika dimarahi, anak keduanya itu hanya mendiamkan diri.

"Ketika Norsyahira keluar pada pagi 17 Mac lalu, tiada siapa di rumah kerana saya dan suami, Jampri Ahmad, 40, berada di tempat kerja, manakala anak-anak yang lain bersekolah.

"Ada jiran sebaya yang ternampak dia pada hari itu bertanya ke mana arah tujuannya dan Norsyahira memberitahu, dia mahu ke rumah rakannya," katanya ketika ditemui pemberita di sini petang ini.

Rohani memberitahu, anaknya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Shahbandar itu memakai baju panas, seluar jean gelap, tudung hitam serta berkasut sukan ketika keluar dari rumah.

Tambahnya, Norsyahira mempunyai ketinggian 167 sentimeter dan berat 70 kilogram serta berkulit sawo matang.

Ujar ibu kepada empat anak itu, selepas menyedari kehilangan Norsyahira, dia dan suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Taman Sentosa di sini dan mengambil cuti untuk mencarinya sehingga ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Katanya, dia pernah mendapat maklumat seseorang ternampak Norsyahira di Kampung Jawa di sini tetapi sebaik mereka tiba kelibat anaknya itu tidak kelihatan.

Sehubungan itu, Rohani merayu kepada orang ramai yang terserempak dengan anaknya supaya menghubungi talian 019-2698433 atau 012-9197616 atau balai polis terdekat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf berkata, beliau dimaklumkan orang ramai yang remaja itu pernah dilihat bekerja di kantin di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kata Mohamad, pihaknya sudah menghubungi polis Kuala Lumpur dan meminta bantuan mereka mengesan remaja itu.

"Sehingga kini, remaja itu masih belum ditemui. Kes ini bukan kes jenayah berikutan remaja itu lari dari rumah dan bukan dilarikan," katanya.

sumber : Metro

Kesimpulan


Kesimpulannya,isu remaja lari dari rumah hendaklah diatasi dengan segera agar masa hadapan seseorang remaja tersebut tidak terumbang-ambing. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah dan peribadi remaja tersebut. Masyarakat juga memainkan peranan bagi menangani masalah ini. Secara keseluruhannya, isu remaja lari rumah masih boleh ditangani sekiranya ibu bapa dan anak mereka dapat memberikan kerjasama. Begitu juga dengan masyarakat, sekiranya gejala ini berlaku, mereka hendaklah memberikan komitmen dan kerjasama kepada ibu bapa remaja tersebut.