Wednesday, August 11, 2010

Berita 1

Dua Remaja Perempuan dipercayai Hilang


20 Julai 2010

KUALA LUMPUR-dua remaja perempuan dari Brickfield di sini dan Batang Kali, Selangor dilaporkan hilang sejak seminggu lalu dipercayai mengikut teman lelaki masing-masing.

Dalam kejadian pertama, Katherine Chin, 14 tidak pulang ke rumah selepas menerima panggilan telefon dari teman lelakinya kira-kira jam 12.00 tengah hari, pada 12 Julai lalu.

Fong Xhian Xi,16 pula dipercayai hilang mengikut teman lelaki yang dikenali sebagai Jazz kira-kira jam 11 pagi,pada 9 Julai lalu.

Katherine yang tinggal bersama datuknya leong Kwok Sun,81 selepas ibu bapanya bercerai 10 tahun lalu, dikatakan menghilangkan diri kerana merajuk selepas ditegur oleh ibunya berhubung hubungannya dengan teman lelakinya.

Leong berkata, cucunya itu sudah 10 kali meninggalkan rumah sepanjang tahun ini, bagaimanapun akan pulang ke pangkuanya selepas hilang selama dua hari.

"Kali ini agak pelik kerana sudah seminggu dia hilang. saya rasa dia tak merancang untuk melarikan diri tetapi lebih kepada anasir jahat".

"Sebelum ini kalau dia tidak balik ke rumahnya,barang-barangnya seperti baju dan peralatan diri akan dibawa bersama tapi kali ini semua barang peribadinya ada di rumah," katanya pada sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA di sini,semalam.

sumber : berita harian


Rohani rayu anak gadis usia 14 tahun pulang
Image
ROHANI Tahir (kanan) dan Jampri Ahmad menunjukkan
laporan polis dan gambar anak mereka, Norsyahira
(termasuk gambar kecil) yang keluar rumah sejak
17 Mac lalu di Klang, semalam.


KLANG 8 April - Seorang ibu yang bimbangkan keselamatan anak gadisnya merayu Norsyahira Jampri, 14, yang lari dari rumah sejak 17 Mac lalu segera pulang.

Ibu malang itu, Rohani Tahir, 36, berkata, Norsyahira lari dari rumah mungkin kerana merajuk selepas dimarahi kerana pulang lewat dari pusat beli-belah dua hari sebelum kejadian.

Kata Rohani, dia tidak menyangka anak gadisnya itu bertindak sedemikian kerana ketika dimarahi, anak keduanya itu hanya mendiamkan diri.

"Ketika Norsyahira keluar pada pagi 17 Mac lalu, tiada siapa di rumah kerana saya dan suami, Jampri Ahmad, 40, berada di tempat kerja, manakala anak-anak yang lain bersekolah.

"Ada jiran sebaya yang ternampak dia pada hari itu bertanya ke mana arah tujuannya dan Norsyahira memberitahu, dia mahu ke rumah rakannya," katanya ketika ditemui pemberita di sini petang ini.

Rohani memberitahu, anaknya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Shahbandar itu memakai baju panas, seluar jean gelap, tudung hitam serta berkasut sukan ketika keluar dari rumah.

Tambahnya, Norsyahira mempunyai ketinggian 167 sentimeter dan berat 70 kilogram serta berkulit sawo matang.

Ujar ibu kepada empat anak itu, selepas menyedari kehilangan Norsyahira, dia dan suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Taman Sentosa di sini dan mengambil cuti untuk mencarinya sehingga ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Katanya, dia pernah mendapat maklumat seseorang ternampak Norsyahira di Kampung Jawa di sini tetapi sebaik mereka tiba kelibat anaknya itu tidak kelihatan.

Sehubungan itu, Rohani merayu kepada orang ramai yang terserempak dengan anaknya supaya menghubungi talian 019-2698433 atau 012-9197616 atau balai polis terdekat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf berkata, beliau dimaklumkan orang ramai yang remaja itu pernah dilihat bekerja di kantin di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kata Mohamad, pihaknya sudah menghubungi polis Kuala Lumpur dan meminta bantuan mereka mengesan remaja itu.

"Sehingga kini, remaja itu masih belum ditemui. Kes ini bukan kes jenayah berikutan remaja itu lari dari rumah dan bukan dilarikan," katanya.

sumber : Metro

No comments:

Post a Comment